Posts

Showing posts from January, 2023

ISU SASTERA (PENGAJARAN SASTERA MELAYU DI SEKOLAH MASIH LEMAH)

Pengajaran kesusasteraan Melayu di sekolah masih lagi dalam peringkat yang lemah sehingga memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda. Sasterawan negara, Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh berkata ketika menjadi panel dalam sidang 8: Bahasa Melayu Tunjang Peradaban Bangsa bersempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, pengajaran sastera di sekolah seharusnya diajar seperti pengajaran sastera Inggeris yang memberi kesan besar kepada ramai pihak termasuk dirinya sendiri. Pada masa sama, beliau juga hairan mengapa guru-guru bahasa Melayu hanya mengajar dari sudut permukaan sahaja, sedangkan pengajaran sastera yang baik akan cuba mendalami, mengorek dan mencungkil keindahan bahasa. Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, ...

ISU SEMASA (NEGARA MADANI)

Image
              Pada tarikh 19 Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali 'Membangun Malaysia Madani', yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara. Visi dan Kerangka MADANI yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasil pengalaman politik dan pentadbiran selama lebih 50 tahun, bakal menjadi asas dasar pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Berteraskan enam rukun, iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan, MADANI digarap dengan keinginan dan hasrat untuk melihat kembali kepada identiti, kebudayaan dan kemampuan sendiri dalam membina Malaysia yang lebih baik. Rukun kemampanan dalam kerangka MADANI, membawa takrifan yang berbeza daripada maksud konvensional dengan merujuk kepada kemajuan mutu kehidupan bangsa dalam acuan yang seimbang di antara manusia da...

ISU BAHASA (CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA)

                 Pada zaman kini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai ...

WARISAN BUDAYA (USAHA MELESTARIKAN WARISAN BUDAYA)

            Sebagai rakyat Malaysia, kita dilazimi dengan kekayaan budaya serta seni warisan yang dimiliki sejak betahun-tahun dahulu. Daripada persembahan wayang kulit, permainan wau, dan tarian yang berbeza-beza mangikut negeri masing-masing. Pelajar pastinya dapat memberikan idea-idea yang bernas dalam penulisan karangan masing-masing agar markah yang cemerlang dapat dicapai dengan jayanya. Mutakhir ini, masyarakat kita lebih gemar menikmati hiburan daripada negara asing seperti Amerika dan Korea Selatan. Hal ini kerana kuasa pemasaran dan gelombang peminat yang kuat telah menyebabkan ramai di antara ahli masyarakat kita turut sama berkongsi minat melihat atau menikmati hiburan daripada negara asing. Jika ditelusuri pada zaman nenek dan moyang kita, cara hiburan mereka adalah dengan melihat persembahan tari-menari atau wayang kulit di kawasan pantai timur khususnya. Semakin hari semakin ia dilupakan oleh generasi pada hari in...

KRITIKAN DRAMA (AYAHANDA)

Image
Drama bersiri bertajuk Ayahanda di bawah arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar ini diterajui oleh Jalil Hamid yang memegang watak ayah bernama Haji Abdullah. Nama pelakon yang turut beraksi dalam drama penuh emosi meruntun kalbu ini ialah Fauziah Dato’ Ahmad Daud yang memegang watak ibu bernama Noriah. Drama bertemakan keluarga dan kasih sayang ini turut dijayakan oleh pelakon popular seperti Fikry Ibrahim sebagai Aziz, Noorkhiriah sebagai Halimah, Shahz Jaszle sebagai Ramli, Hairi Safwan sebagai Ahmad, Sherry Ibrahim sebagai Aishah dan Mimi Ernida sebagai Rahayu. Penggambaran drama 13 episod ini bermula pada bulan Mei 2021, yang mengambil lokasi di beberapa kampung di Kedah dan Perlis. Drama bersiri ini diadaptasi daripada novel Ayahanda karya penerima SEA Write Award tahun 1988, iaitu Azizi Haji Abdullah. Novel ini memaparkan kisah keluarga yang berlatarkan kampung di utara tanah air pada tahun 1980-an. Penceritaan Ayahanda disorot oleh Azizi melalui kaca mata seorang anak lelaki yang ...

KRITIKAN FILEM (HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA)

Image
  Filem: Hikayat Merong Mahawangsa Tahun terbit filem: 2010 Pengarah: Yusry Abd Halim (KRU Studios) Genre: Sejarah, Aksi & Peperangan Pelakon: Stephen Rahman Hughes, Dato Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Nellie Ng, Wan Hanafi Su & Etc.   Sinopsis: Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah ialah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Makedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah. Bahagian aw...

TOKOH AGAMA (DR ZULKIFLI)

Image
                Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri merupakan (bekas) Mufti Wilayah Persekutuan yang ketujuh. Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau kini menetap di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Dr. Shereen bt. Mohd. Yunus dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Rengas Bekah, Kuala Terengganu, Terengganu. Di peringkat menengah, beliau menyambung pengajian di SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu dan SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aliran Thanawi. Pada tahun 1989, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam Madinah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) daripada Universiti Sains M...

TOKOH MOTIVASI (DATO’ FADZILAH KAMSAH)

Image
  Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sungai Pinang, Klang dan merupakan anak yang ke -2 daripada 12 adik-beradik. Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Bt Md. Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurhidayah, Muhammad Syakir dan Muhammad Shazwan. Dr. Fadzilah Kamsah adalah pemegang ijazah B.S Agric Science daripada Universiti Malaya pada tahun 1975 sebelum melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA pada tahun 1977 untuk mengambil M.S Agricultural Journalism. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD. yang membawa gelaran Dr. di tempat yang sama dalam bidang Organization Communication pada tahun 1984. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1977 setelah tamat pengajian di peringkat sarjana. Pada tahun 1993, beliau telah mengasas dan menubuhkan sebuah syarikat perundingan yang menyediakan khidmat pembangunan motivasi dan keluarga. Syarikat perundingan beliau mengkhusus dalam bi...

TOKOH SASTERA (A.SAMAD SAID)

Image
               Sasterawan Negara (SN) Datuk A.Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said merupakan seorang sasterawan tanah air yang banyak terlibat dalam bidang penulisan kreatif. Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A.Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil. Beliau berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja, tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas. Datuk A.Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dari tahun 1940-1946. Beliau kemudian telah melanjutkan pelajarannya di Victoria Institution sehingga memperolehi sijil Senior Cambridge pada tahun 1956.           Pengalaman kerjaya SN A.Samad Sai...

TOKOH SASTERA (SHAHNON AHMAD)

Image
              Shahnon Ahmad adalah seorang tokoh yang cukup istimewa. Ini disebabkan beliau adalah seorang tokoh sastera Melayu yang dikagumi, dihormati dan disayangi. Beliau juga turut dikenali sebagai seorang pengarang, penyelidik, pengkritik dan pengajar kesusasteraan yang memperlihatkan pemikiran sebagai seorang Melayu yang penuh nasionalisme Melayu, sebagai seorang Islam yang penuh ke-Islamannya, dan sebagai seorang pengarang yang amat kental dengan teknik, inovasi dan kreativitinya.             Dato’ Haji Shahnon Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1993, di Kampung Banggul Derdap, sebuah kampung pedalaman di daerah Sik, Kedah Darulaman. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Bapanya, Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar atau gelaran sehariannya Pak Mat adalah berasal dari Medan, Sumatera dan telah meninggal dunia pada tahun 1981. Waktu muda, Haji Ahmad tela...

BUKU SASTERA (SUNGAI MENGALIR LESU)

Image
Sungai Mengalir Lesu merupakan salah sebuah novel karya A.Samad Said yang mengisahkan kehidupan di sebuah kampung di tepi sebuah sungai di Singapura semasa pendudukan Jepun. Kisahnya penuh tragedi, penyeksaan, kebuluran, kemelaratan dan maut. A.Samad Said berjaya menggambarkan sebahagian keluarga yang menderita dalam setiap bab kemudian dikaitkan pula setiap satu keluarga dengan mereka yang lain supaya pembaca faham yang mereka ini tinggal sekampung dan saling mengenali cuma berbeza “kasut” mengikut penceritaan yg digambarkan beliau. Sungai Mengalir Lesu bukan kisah sungai semata-mata tetapi sebuah sungai yang telah banyak memakan jiwa dan nyawa manusia akibat kesempitan hidup dan pelbagai lagi kisah hidup yang mencengkam hidup mereka. Ia mengisahkan kehidupan di sebuah kampung di tepi sebuah sungai di Singapura semasa pendudukan Jepun. Di satu pihak, Jepun mengancam mereka dengan pedang dan senapang, sementara di pihak lain Inggeris mengancam mereka dengan serangan bom dari kapal te...

BUKU SASTERA (SRENGENGE)

Image
              Srengenge merupakan sebuah novel karya salah seorang sasterawan negara terkenal Malaysia iaitu Shahnon Ahmad yang diterbitkan pada tahun 1973. Pada tahun yang sama, novel ini juga telah diangkat sebagai novel terbaik sepanjang tahun. Srengenge menurut Shahnon Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang bermaksud matahari. Tapi dalam novel ini Srengenge adalah nama bagi sebuah bukit di sebuah kampung. Bukit Srengenge. Kewujudan sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dapat dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran penulis, Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik itu memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Dari nama Enggang itu Shahnon Ahmad menukarkannya kepada nama Srengenge. Novel Srengenge ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain, antaranya bahasa Inggeris, bahasa Rusia dan bahasa Thai. Srengenge membawa konflik antara manusia dengan unsur-unsur animisme. Shahnon Ahmad memulakan novel Srengenge ini d...