ISU SASTERA (PENGAJARAN SASTERA MELAYU DI SEKOLAH MASIH LEMAH)
Pengajaran kesusasteraan Melayu di sekolah masih lagi dalam peringkat yang
lemah sehingga memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
generasi muda. Sasterawan negara, Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh berkata ketika
menjadi panel dalam sidang 8: Bahasa Melayu Tunjang Peradaban Bangsa bersempena
Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, pengajaran sastera di sekolah
seharusnya diajar seperti pengajaran sastera Inggeris yang memberi kesan besar
kepada ramai pihak termasuk dirinya sendiri. Pada masa sama, beliau juga hairan
mengapa guru-guru bahasa Melayu hanya mengajar dari sudut permukaan sahaja,
sedangkan pengajaran sastera yang baik akan cuba mendalami, mengorek dan
mencungkil keindahan bahasa.
Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan
mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada
bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci.
Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya
dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera
menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat
halus dan indah. Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata
kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera
itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera. Dalam konteks cabaran
dunia sastera, iainya dapat dikaitkan dengan perkembangan dan juga penerimaan
masyarakat khususnya di Malaysia terhadap kesusasteraan Melayu. Dalam
penerimaan tersebut, sudah pasti terdapatnya beberapa kelompok yang mana
menerima dan juga tidak menerima dengan sepenuhnya dunia kesusasteraan Melayu ini.
Selain
itu, dunia kesusasteraan Melayu juga saban hari semakin hilang di bawa arus
pemodenan perlulah disekat. Perikiran negatif terhadap kesusasteraan Melayu
perlulah dikaji seta diteliti semula supaya negara dapat membangunkan insan
melalui pembacaan dan penghayatan karya yang dapat membentuk sahsiah diri,
kepimpinan serta pola fikir yang positif. Perkara ini secara tidak langsung
mampu memupuk sikap bertanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang memahami dan
menerima adat serta budaya pelbagai bangsa dalam pembentukan negara yang
harmonis
Antara
cabaran yang sangat ketara di dalam dunia sastera ialah kurangnya penawaran
subjek Kesusasteraan Melayu pada peringkat institusi pendidikan seperti sekolah
menengah. Dewasa ini, cabaran dunia Kesusasteraan Melayu ini sememangaya
menjalar di negara kita lebih-lebih lagi pada
golongan muda. Sebaliknya, mereka beranggapan kesusasteraan Melayu ini sebagai
benda yang lama, klasik dan tidak
relevan dalam dunia yung serba canggih ini. Hal in jika ditelusuri secara terperinci
cabaran dunia Kesusasteraan Melayu ini bermula daripada peringkat sekolah
dimana kurangnya penawaran subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah.
Malahan
terdapat banyak sekolah yang telah menggugurkan subjek in di sekolah berikutan kekurangan
guru opsyen, tiada sambutan dan sebagainya. Kerajaan sepatutnva melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu mengkaji semula keputusan untuk mewajibkan subjek
kesusasteraan Melayu di sekolah. Bahkan memetik Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa
Melayu 2016 - 2025 menyatakan bahawa peranan utama sastera adalah untuk membina
nilai insaniah dalam kehidupan manusia.
Generasi
kita pada hari ini ramai yang memilih bidang pekerjaan yang gah bahkan ada
lebih suka bekerja sendiri dengan perniagaan sekali gus menganggap pokerjaan
disebalik kesusasteraan Melayu sebagai suatu yang cliché. Ada di antara
mereka, yang beranggapan bahawa peluang pekerjaan dalam bidang Kesusasteraan
Melayu tidak begitu meluas dan lebib memandang kepada aliran sains teknologi
dan empayar perniagaan. Umpamanya, mereka ataupun golongan muda serta pelajar
pada hari ini lebih meminati kursus-kursus yang bersifat praktikal serta
industri yung memenuhi kehendak atau pasaran semasa. Namun begitu, mereka perlu
sedar bahawa, dunia hari ini sangat memerlukan sains sosial termasuklah bidang
kesusasteraan Melayu bagi menghadapi persaingan global yang begitu terkehadapan
mayapada ini seusai dengan revolusi dunia 4.0. Maka. negara tidak boleh hanya
fokus terhadap sains, teknologi, teknikal don matematik (STEM). Bahkan, ada
juga ibu bapa yang mendorong anak-anak supaya menjurus ke dalam bidung
pengajian STEM disebabkan faktor peluang pokerjaan yang lebih baik dan tangga
gaji lumayan misalnya menjadi doktor perubatan.
Seterusnya,
umum mengetahui bahawa rata-rata mahasiswa yang mengikut pengajaran dan
pembelajaran dalam jurusan Kesusasteraan Melayu ini adalah dalam kalangan Generasi
Z (Gen Z). Menurut Tapscott (2008), generasi Z adalah golongan yang dilahirkan
pada tahun 1998 hingga 2009. Menurut Siti Mahani dan Nazlinda Ismail (2015),
Gen Z in adalah Generasi teknologi kerana mereka telah mula melayari internet
dan web seiring dengun usia mereka sejak mereka masih belum bercakap. Generasi
Z telah dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan dunia laman sosial
sejak kecil lagi jadi mereka membesar di dalam dunia yang semuanya berhubung
menerusi teknologi sejak dari awal lagi. Justeru it, tuntutan yang tidak dapat
dinafikan adalah penerimaan mereka terhadap kaedah pengajaran yang disampaikan.
Di zaman era teknologi maklumat yang semakin berkembang dengan pesat ini,
kursus Kesusasteraan Melayu perlu diberi penambahbaikan dan penyesuaian agar
dapat memenuhi kehendak pasaran semasa, lebih-lebih lagi pada zaman ledakan teknologi
maklumat ini. Setiap Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Kesusasteraan Melayu,
perlu seiring dengan pembelajaran abad ke-21 yang menerapkan pelbagai kaedah dan
teknik mengikut arus pemodenan semasa. Hal ini kerana, perkembangan sains dan teknologi
ini mempengaruhi pelbagai bidang ilmu termasuklah Kesusasteraan Melayu kerana
para pelajar lebih cenderung menggunakan teknologi terkini dalam segala
urusan harian mereka.
Di
samping itu, Kesusasteraan Melayu pada masa kini semakin mendapat perhatian
kerana kemerosotan pengambilannya sama ada di sekolah mahupun universiti di Malaysia.
Sekarang kita boleh lihat bahawa banyak sekolah sudah menutup dan tidak
mengambil lagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu kerana tiadanya sambutan
daripada para pelajar di sekolah tersebut. Menurut A. Razak Adam (2013) dalam
dapatan kajian beliau dalam "Penawaran Subjek Kesusasteraan Melayu di Sekolah-Sekolah"
mendapati berlaku penurunan yang ketara dari aspek bilangan sekolah yang
menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu serta bilangan murid yang mengambil subjek
Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 2002, terdapal 40 buah skolah yang menawarkan
subjek Kesusasteraan Melayu pada peringkat SPM namun pada tahun 2011 cuma
terdapat 15 buah sekolah sahaja yang masi menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu
untuk calon SPM. Ini menunjukkan berlaku penurunan sebanyak 64.5% dari segi
bilangan sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka
dalam jangka masa 10 tahun.
Selain
itu, mengingati kata-kata keramat Hang Tuah, "Tak akan Melayu hilang di
dunia” semain samar-samar kedengaran malah generasi hari ini langsung tidak
mengendahkan kata-kata keramat yang disampaikan. Saban hari, dunia menyaksikan
orang Melayu semakin hilang kemelayuannya kerana tenggelam dengan ledakan pengaruh
barat. Era serba canggih pada hari ini telab meranapkan lagi usaha bagi
memperkenalkan kesusasteraan Melayu epada generasi baru. Malah menurut mantan
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim (2017), berkata
orang Melayu ketika ini sudah hilang roh budaya Melayu dn perlahan-lahan hilang
jiwa kemelayuan. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat sering
beranggapan bahawa kesusasteraan Melayu ini tidak mempunyai nilai yang
tersendiri. Disebabkan itulah, kesusasteraan Melayu semakin luntur untuk dipelajari
dan diterapkan di dalam diri. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila diteliti
kembali kesusasteraan Melayu Malaysia sudah dianggap tidak penting lagi. Malah,
ada yang beranggapan bahawa kesusasteraan Melayu ini merupakan matapelajaran
yang kuno dan tidak sesuai dipraktikkan pada hari ini Perkara ini secara
langsung telah memadam semangat Kemelayuan yang wujud sejak zaman berzaman.
Secara
kesimpulannya, untuk membangunkan dan memperkasakan kesusasteraan Melayu,
segala bentuk cabaran yang datang perlulah diambil berat dan dititikberatkan
dalam merancang langkah yang efektif dan proaktif agar dunia sastera tidak tenggelam
ditelan oleh zaman yang kian membangun ke arah puncak dunia. Gabungan tenaga
pelbagai pihak yang memandang tinggi akan peradaban sendiri amat diperlukan
dalam mengorak langkah demi langkah dalam mendepani cabaran yang dihadapi oleh
dunia kesusasteraan Melayu. Di samping itu, rangkaian padu antara penulis, khalayak,
karya, badan kerajaan, badan bukan kerajaan, sumber dana, dan peralatan canggih
merupakan aspek dimana ianya akan membantu warisan melayu ini mendapat tempat
khususnya di dalam negara Malaysia sendiri. Selain itu, kesedaran peranan media
massa, jaringan komuniti bahasa dan sastera, manfaat sastera teknologi tinggi,
pendokumentasian pengajian Melayu seluruh rantau, penciptaan persuratan baharu
yong mencabar minda, dan pengukuhan konsep dan kepustakaan ilmu kesusasteraan
Melayu sentiasa diperlukan agar ianya dapat melancarkan lagi langkah-langkah
yang telah diatur oleh pihak yang berkenaan sepenti kerajaan dan juga Dewan Bahasa
dan Pustaka untuk meningkatkan lagi darjat ataupun kedudukan kesusasteran
Melayu di mata masyarakat. Kesusasteraan Melayu amat memerlukan transformasi
yang lebib luas sifatnya dan menuntut kesungguhan yang progresif dari pelbagai
pihak dan negara untuk meletakkan keuamaan ke arah memartabatkan kesusasteraan
Melay serta memperkukuhkan kedudukannya di mata antarabangsa. Kesemuanya
menuntut penghayatan, komitmen dan pengorbanan yang mendepani dengan kekuatan
serta menggerakkan kebangkitan penggunaan bahasa Melayu, sekaligus menyahut cabaran
peradaban Melayu dalam dunia global abad ke-21.
Comments
Post a Comment