KRITIKAN FILEM (HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA)
Filem:
Hikayat Merong
Mahawangsa
Tahun
terbit filem:
2010
Pengarah:
Yusry Abd Halim
(KRU Studios)
Genre:
Sejarah, Aksi &
Peperangan
Pelakon:
Stephen Rahman
Hughes, Dato Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera,
Khir Rahman, Nellie
Ng, Wan Hanafi Su & Etc.
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah ialah hikayat yang
menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di
Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi
dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari
pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan
Iskandar Agung dari Makedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M. Merong
Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu
sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan
Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri
berdasarkan mitos dan legenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai
masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita
yang berasal daripada pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini
menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong
Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan
Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom. Angkatan Raja
Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang
oleh Garuda. Beliau membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Beliau
pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya, Raja Merong Mahapudisat menjadi
raja. Langkasuka ditukar namanya kepada Kedah Zamin Turan. Berpandukan nasihat
yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera
sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah
ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai
Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah
dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi
menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada
kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri
Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah
dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa.
Seterusnya, putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja
Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja
Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana
kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini
digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi
raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan
namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.
Ulasan:
Sebuah filem epik
yang mengetengahkan latar masa dan tempat di zaman Kedah Tua. Filem ini juga
mengetengahkan sejarah pada zaman tersebut untuk menyelitkan serba sedikit
latar belakang dan penceritaan mengenai bagaimana kehidupan zaman dahulu
berjalan. Suara latar yang menceritakan tentang kisah ini sebenarnya unik. Suara
latar tersebut memberikan impak kepada orang asing yang tidak tahu bahasa
Melayu kerana mereka akan terasa keindahan bahasa Melayu itu. Tahniah pada
pemilihan suara latar yang unik dan komersial tersebut. Selain itu, CGI dan
kesan khas yang terlihat dalam filem juga kelihatan menarik. Ada yang betul-betul
nampak seperti realiti dan sangat hidup. Tetapi, ada juga yang kelihatan
seperti kartun atau pun kurang tahap realitinya. Bagi pembawakan watak Watak
Merong Mahawangsa dan watak Kamawas memang menarik. Lakonan mereka nampak hidup
dan ada aura. Watak Merong lakonan Stephen Rahman Hughes tu amat sesuai dengan
karisma dan badan beliau yang agak tegap. Manakala watak Kamawas yang dipegang
oleh Khir Rahman berjaya membuat penonton menyumpah seranah kegeraman. Watak Kesum
lakonan Dato Haji Rahim Razali pula kelihatan seperti A.Samad Said. Di samping
itu, babak aksi pula ada yang mengagumkan dan ada yang mengecewakan.
Mengagumkan apabila melihat kepada pertarungan mereka yang cukup bertenaga dan
tangkas. Mengecewakan pula bila ada babak-babak perlawanan yang seperti
dicepatkan atau yang diulang semula seperti pada babak-babak akhir perlawanan
di dalam filem. Seterusnya, kisah cinta yang cuba di paparkan di dalam kisah
ini yang lebih kepada kebebasan dan kuasa politik. Cuma sayangnya kelebihan itu
tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Akhir sekali, penggunaan bahasa sastera dan
juga bahasa asing memang menarik dan merupakan sesuatu yang baru. Terasa sangat
indah sungguh penyusunan bahasa yang digunakan.
Kesimpulannya,
pihak penerbitan KRU secara tak langsung telah meletakkan satu tahap yang
tinggi kepada mereka sendiri serta pembikin filem Malaysia lain yang berminat
untuk menerbitkan filem epik yang lebih baik dan hebat di masa akan datang. Filem
ini telah memberikan satu keyakinan kepada rakyat tempatan bahawa Malaysia juga
sudah mampu menghasilkan filem epik yang hebat dan menarik.
Comments
Post a Comment