TOKOH AGAMA (DR ZULKIFLI)
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri merupakan
(bekas) Mufti Wilayah Persekutuan yang ketujuh. Beliau dilahirkan pada 16
Januari 1969 di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau kini menetap di
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama
Dr. Shereen bt. Mohd. Yunus dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.
Beliau mendapat pendidikan awal di SK Rengas Bekah, Kuala Terengganu,
Terengganu. Di peringkat menengah, beliau menyambung pengajian di SMA Sultan
Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu dan SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin,
Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk aliran Thanawi. Pada tahun 1989, beliau
melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam Madinah dan mendapat Ijazah
Sarjana Muda Syariah. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat
Sarjana di Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor
Falsafah (Ph.D) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang
pengkhususan pengeluaran Fatwa.
Kehidupannya selama lebih 8 tahun di perantauan dimanfaatkan dengan
mengikut pengajian talaqqi dengan banyak ulama’ di Timur Tengah antaranya ;
-
Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid al-Nabawi)
-
Fath Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari oleh Ibn Hajar
al-Asqalani Jilid 12 dan 13.
-
Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi Jilid 1 – 4.
-
Tafsir Ibn Kathir (sebahagiannya)
-
Tafsir Fath Al-Qadir Oleh Al-Syaukani (sebahagiannya)
-
Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin
Rawahah, Damsyik, Syria)
Beliau
juga merupakan bekas pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini merupakan penulis dan pendakwah bebas.
Dalam masa yang sama beliau berpengalaman sebagai Ahli Panel Kajian Akidah dan
Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
Dr.
Zulkifli adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan
selain terlibat sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.
Kini beliau banyak menulis dan menyampai kuliah dan ceramah sama ada di
televisyen mahupun di seluruh Malaysia. Kepakaran beliau adalah dalam Fiqh,
Usul Fiqh, Fatwa, Tasawwuf, Fiqh Semasa (Kontemporari) dan Hadits.
Antara
anugerah yang diperolehnya adalah Anugerah Tokoh Penulis Islam: Sempena Pesta
Buku Antarabangsa Kelantan Kali Kedua. 2010, Anugerah Tokoh Maulidur Rasul
Peringkat Wilayah Persekutuan 1433 H/ 2012 M, Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri
Selangor 1433 H/2012M, Masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selain
itu beliau pemegang Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri
Terengganu. Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau
pernah menyandang beberapa jawatan antaranya Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah
dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ahli Majlis Fatwa
Negeri Terengganu, Panel Kajian Syariah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji
(TH-JAKIM), Penasihat Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Ahli Lembaga
Pengarah, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Minatnya yang sangat mendalam dalam
penulisan buku telah membawa kepada penghasilan lebih 200 buah buku agama,
jurnal, buku-buku terjemahan dan makalah dalam bidang akidah, fiqh, hadis dan
tasawwuf. Antara penulisannya yang terkenal adalah Ahasin al-Kalim Syarah Hikam
Ibn Athai’illah al-Sakandary. Selain daripada menjawat jawatan Mufti Wilayah
Persekutuan, beliau kini turut terlibat dalam rancangan Cinta Ilmu segmen Medan
Fatwa yang dikeluarkan oleh TV al-Hijrah.
Comments
Post a Comment