BUKU SASTERA (TIRANI)
Novel Tirani merupakan karya Beb Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang merupakan anak kelahiran Betong, Sarawak. Penulis telah mendapatkan pendidikan ikhtisas/ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Beliau juga mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Novel ini merupakan salah sebuah novel yang diangkat menjadi bahan bacaan Komponen Sasatera (KOMSAS) bagi pelajar tingkatan 5 peringkat sekolah menengah.
Novel ini mengisahkan tentang seorang
gadis bernama Waheeda yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana
hidungnya pesek. Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan atas nama dirinya dalam
bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan
sebagai isteri. Waheeda telah membuat pembedahan pada hidungnya yang kebetulan
digigit monyet dengan melakukan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik.
Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak
rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang
dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta
Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak
ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya,
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan
oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun,
disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan
seseorang hanyalah satu Tirani. Novel ini membawa tema kecantikan fizikal
bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi
kelemahan diri.
Terdapat beberapa pengajaran penting yang boleh diambil melalui penceritaan novel ini. Antaranya, kita hendaklah gigih dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan. Sebagai contoh, sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain. Waheeda juga amat cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan. Selain itu, kita hendaklah berani menghadapi risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contohnya, Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran. Seterusnya, kita hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur).
Comments
Post a Comment