BUKU SASTERA (KONSERTO TERAKHIR)
Konserto Terakhir merupakan sebuah novel hasil nukilan Sasterawan Negara Kelapan iaitu Abdullah Hussain yang dikeluarkan pada tahun 1971. Tema yang diketengahkan dalam novel ini adalah mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda bernama Hilmi yang lahirnya di sebuah kampung tetapi kemudian dia berhijrah ke bandar kelak dewasa untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman negara. Novel ini juga dijadikan sebagai salah satu novel Komponen Sastera (KOMSAS) bagi subjek Bahasa Malaysia di peringkat pelajar Tingkatan 5.
Konserto
Terakhir mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Hilmi yang datang ke
bandar untuk mencari pekerjaan. Bapa saudaranya, Datuk Johari, tidak
menyukainya dan keluarganya tidak melayannya dengan baik. Hilmi akhirnya
mendapat pekerjaan sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari, tetapi dia masih
tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya. Walaupun Hilmi tidak mendapat
layanan terbaik daripada keluarganya, dia tetap seronok. Dia merasakan kebun
bunga dan sayurnya seperti mempunyai dunianya sendiri, dan dia juga tertarik
dengan muzik piano yang dimainkan Hayati. Namun, suatu hari Hilmi telah
merosakkan piano itu, dan ibu saudara dan bapa saudaranya marah kepadanya dan
memotong gajinya. Datuk Johari sekeluarga meninggalkan negara, dan Hilmi
ditugaskan untuk menjaga rumah mereka. Hilmi pernah berkawan dengan Mamat,
pemandu peribadi kepada Dr. Nathan yang tinggal berjiran dengan Datuk
Johari. Mamat sudah pulang ke kampung dan berkahwin dengan Esah. Mamat juga
membantu Hilmi bertemu dengan pemuzik terkenal bernama Encik Bakar. Encik Bakar
sangat berminat untuk melatih Hilmi menjadi seorang pemuzik yang berjaya, dan
dia sanggup memberi latihan Hilmi secara percuma. Apabila Datuk Johari sekeluarga
pulang, Hilmi dan Datin Salmah bertelagah kerana mendengar piano dimainkan dan
Hayati yang ada menghadiahi oleh-oleh kepada Hilmi, dan Datin Salmah menuduh
Hilmi memikat Hayati dengan ubat guna-gunanya. Akhirnya Hilmi terpaksa
meninggalkan rumah Datuk Johari dengan memberi alasan ingin pulang ke
kampung. Hilmi kemudiannya tidak jadi pulang ke kampung dan tinggal di
bandar lalu mula bekerja di stesen minyak. Hilmi kemudian meneruskan
cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik
Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik
terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya
menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”. Kekecewaan Hilmi
semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati dengan Mohsin.
Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan
Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya
Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah
mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory
of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan
Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul
“Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan
muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan
sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat
mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami
isteri. Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang
terjadi dalam rumah tangganya itu telah tidak dapat diselamatkan. Perasaan
Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal
dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra
Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan
oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat
satu penyusunan semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan
Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance (persembahan di-Raja) yang
akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu
“Hilmi Potpouri”. Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa
menghiraukan makan dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya
terganggu. Di saat-saat pertunjukan Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi
telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai
penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu. Keadaan
Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang
sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya
tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin
Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor
keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke rumah.
Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon
menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.
Novel
sastera ini menggunakan teknik plot kejutan iaitu peristiwa yang tidak diduga
oleh pembaca. Dalam novel ini, identiti Hilmi yang pada mulanya diperkenalkan
sebagai anak kampung yang berhijrah ke bandar diberikan plot kejutan di mana
kemudiannya dirinya dibongkar sebagai anak Datuk Johari amat memberikan elemen
kejutan kepada para pembaca. Selain itu, kejutan yang didapati oleh para
pembaca apabila membaca novel ini adalah peristiwa Hilmi meninggal dunia. Datuk
Johari yang juga meninggal dunia setelah mendapat perkhabaran bahawa Hilmi
telah meninggal dunia memberikan kejutan kepada pembaca. Oleh itu, novel
ini boleh dikatakan antara karya sastera hasil nukilan Abdullah Hussein yang
amat menarik untuk ditelaah dan dikaji oleh peminat sastera Melayu.
Comments
Post a Comment